Bahasa English | B.Malaysia |
Laman Utama|Tentang Kami|Pusat Pelupusan|Anugerah|Galeri|Hubungi Kami

Tentang Kami

Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bukit Tagar (BTSL) dibangunkan oleh KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama antara Berjaya Corporation Berhad dan KUB Malaysia Berhad, dua konglomerat yang tersenarai di bursa saham Malaysia. BTSL dibangunkan berasaskan perjanjian konsesi jangka panjang dengan Kerajaan Malaysia di bawah kawalselia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Teknologi Rawatan Sisa Pepejal

Atas kesedaran murni terhadap keperluan untuk mengekalkan sumber asli dan alam sekitar, pihak KBE telah mengambil pendekatan untuk menawarkan penyelesaian secara keseluruhan untuk pengurusan sisa pepejal.
Selain tapak sisa pepejal sanitari, KBE sedang bekerjasama dengan beberapa rakan teknologi untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi pembuangan dan rawatan sisa pepejal termasuk penjanaan tenaga dari sisa buangan, kitarsemula dan juga sistem pengurusan gas.

Merealisasikan Aspirasi

Penubuhan BTSL merupakan pengiktirafan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap kecemerlangan pengurusan sisa pepejal yang terkini dan perlindungan alam sekitar yang optima.
Sejajar dengan aspirasi Kerajaan, KBE membangunkan BTSL untuk mencapai piawai operasi dan penyelenggaraan yang bertaraf dunia. Ini seiring dengan objektif KBE untuk menampilkan BTSL sebagai pusat pelupusan sisa pepejal sanitari yang terulung di rantau ini di samping memasarkan kepakaran pembinaan dan pengendalian pusat pelupusan sisa pepejal sanitari di pasaran tempatan dan antarabangsa.