Bahasa English | B.Malaysia |
Laman Utama|Tentang Kami|Pusat Pelupusan|Anugerah|Galeri|Hubungi Kami

Tentang BTSL

KAWASAN TANAH

BTSL dimajukan di atas sebidang tanah seluas 700 ekar yang dikelilingi zon penampan seluas 1,000 ekar. Ia terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah di daerah Hulu Selangor.

AKSES

BTSL terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur dan dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara Selatan melalui persimpangan Bukit Tagar yang dibina khas oleh KBE untuk membolehkan akses langsung dan mudah ke tapak pelupusan dari Kuala Lumpur dan Selangor.

KAPASITI BUANGAN

Dengan kapasiti 120 juta tan metrik, BTSL berupaya menampung keperluan pelupusan sisa pepejal dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada 40 tahun. BSTL direka untuk mengendalikan sisa pepejal perbandaran dan buangan bukan toksin.

REKAAN TAPAK PELUPUSAN

BTSL direka sebagai sebuah tapak pelupusan Tahap IV, dengan pelapik membran HDPE, pengumpulan dan sistem rawatan leachate. Tapak pelupusan akan dimajukan dalam 17 fasa sepanjang tempoh 40 tahun. Ia dilengkapi sistem pemantauan air permukaan tanah yang komprehensif untuk mengawai sebarang pencemaran.