Bahasa English | B.Malaysia |
Laman Utama|Tentang Kami|Pusat Pelupusan|Anugerah|Galeri|Hubungi Kami

Pusat Pembelajaran

BTSL menyediakan sebuah Pusat Pembelajaran sebagai pusat sumber untuk penyebaran maklumat kepada masyarakat mengenai tapak pelupusan sanitari termasuk operasi dan pengurusan BTSL.
Pusat Pembelajaran ini dilengkapi bilik latihan dan seminar, model skala BTSL dan model prasarana tapak pelupusan umum dan juga sampel bahan binaan yang digunakan dalam pembangunan dan pembinaan tapak pelupusan moden.
BTSL telah menerima banyak kunjungan dari ramai ahli akademik dan pelajar pusat pengajian tinggi, selain pegawai kerajaan tempatan dan luar negara. BTSL juga menjalankan sesi pembelajaran dan latihan untuk pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar mengenai pengurusan dan operasi tapak pelupusan.