Bahasa English | B.Malaysia |
Laman Utama|Tentang Kami|Pusat Pelupusan|Anugerah|Galeri|Hubungi Kami

OPERASI PUSAT PELUPUSAN

BTSL diurus dan diselenggarakan oleh tenaga kerja yang berpengalaman dan dilengkapi dengan pelbagai jenis trak, jentera pemampat dan jentolak. Pasukan ini bekerja bergilir-gilir dalam 3 syif, tujuh hari seminggu.
Operasi BTSL dikawal dan dironda 24 jam. Semua trak sisa pepejal yang memasuki kawasan ini diperiksa oleh pegawai keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan sistem kad pintar untuk pengenalan kenderaan dan rakaman data di jambatan timbang.
Kawasan untuk menimbun sisa pepejal dirancang dan ditentukan setiap hari.
Jentera pemampat dan jentolak digunakan setiap hari untuk memampat sampah dan menutup sisa pepejal bagi mengekalkan kebersihan, mencegah bau busuk dan mencapai kapasiti maksimum.
Program latihan komprehensif sentiasa dijalankan untuk melatih pasukan bagi memastikan piawai optimum dicapai sepanjang masa. Ini termasuk taklimat dan ujian percubaan terhadap prosedur keselamatan dan kecemasan. Satu pasukan yang berdedikasi dan terlatih bertugas di loji rawatan leachate yang beroperasi sepanjang masa.